HOTLINE : 03-61488262  | 019-3260345 | 019-3698122 | 

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN:

  1. Nama bank serta alamat dimana akaun syarikat akan dibuka.
  2. Nama penandatangan cek syarikat.
  3. Salinan Kad Pengenalan setiap ahli syarikat iaitu Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham – wajib
  4. Alamat kediaman terkini dan mestilah di Malaysia – wajib
  5. Alamat utama perniagaan dan cawangan jika ada – wajib
  6. No telepon dan juga no telepon bimbit serta alamat e.mail setiap ahli syarikat.
  7. Melantik setiausaha syarikat - wajib
  8. Pembayaran untuk penubuhan syarikat ke akaun DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd di Public Bank Berhad – 3811766201

Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil yang dilantik bagi tujuan menandatangani dokumen pengambilalihan syarikat bagi megelakkan jenayah salah laku meniru tandatangan.

Proses tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan serta semua maklumat yang dikehendaki seperti tertera diatas. Anda boleh e.mail ke dmcorporatesb@gmail.com atau fax ke 03-27702527

Nama syarikat tersedia yang dibeli boleh diubah pada bila-bila masa dengan penambahan sebanyak RM 500.00.


CARA PEMBELIAN SYARIKAT TERSEDIA

Cop Mohor & Cop Getah____(1)Pihak kami meminta kerjasama dari anda untuk memberi Nama Penuh, No tel untuk dihubungi serta alamat E.Mail bagi membolehkan Pihak kami mengirimkan senarai syarikat yang terkini dan juga inbois.

Setelah anda memperolehi senarai maka anda perlu memilih sekurang-kurang 3 nama syarikat yang tersenarai mengikut keutamaan anda dan email kepada sales@registercompany.com.my atau juga dmcorporatesb@gmail.com. Anda juga boleh mengirim maklumat yang dikehendaki melalui fax 03-2770 2527.

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Jika syarikat yang hendak dibeli masih berada didalam simpanan kami maka pembayaran penuh sebanyak RM 3220.00 perlu dilakukan atau sekurang-kurangnya deposit bagi penempahan pembelian perlu dilakukan sebanyak RM 300.00 bagi setiap syarikat yang hendak dibeli.

Pembayaran perlu dibuat kedalam akaun Public Bank Berhad diatas nama DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd (Akaun No : 381766201).Sila kirimkan bukti pembayaran.

Perlulah diketahui bahawa setelah bayaran deposit dibuat maka Pihak kami memberi tempoh 1 hari berkerja untuk anda membuat bayaran baki sebanyak RM 2920.00 sebagai tanda bersetuju untuk membeli syarikat.

Jika didapati Pihak anda tidak membuat bayaran baki didalam tempoh 1 hari dari tarikh penempahan maka Pihak kami menganggap bahawa anda tidak mempunyai minat terhadap syarikat yang ditempah dan Pihak kami dengan ini berhak tanpa memberi sebarang notis peringatan untuk menjual atau memasukkan kembali nama syarikat kedalam senarai untuk dijual kepada mereka yang berminat dan bayaran deposit RM 300.00 tidak akan dikembalikan.

Ini kerana Pihak kami mengalami kerugian kerana tidak dapat menjual syarikat kepada mereka yang benar-benar berminat memandangkan kami terikat dengan perjanjian dengan Pihak anda.


buy-ready-made-company

PENYERAHAN DOKUMEN SYARIKAT

Disini juga ingin kami memaklumkan setelah Pihak anda menandatangani dokumen perlantikan pengarah dan pemindahan saham dengan sempurna barulah dokumen syarikat akan diserahkan dan kebiasaannya ianya mengambil masa 1-3 hari berkerja kerana status kemasukan pengarah perlu diserah ke Pejabat SSM dan pemindahan saham perlu dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri terlebih dahulu.

Pihak SSM mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 minggu dan juga boleh berlaku 1 bulan untuk mengemaskini data kedalam pengkalan sistem mereka dan setelah data dikemaskini dengan sempurna maka syarikat anda sudah layak untuk membuka akaun bank syarikat.

Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil yang dilantik bagi tujuan menandatangani dokumen ambil alih syarikat sedia ada bagi megelakkan jenayah salah laku.

PEMILIKAN SYARIKAT

Kedudukan ahli lembaga pengarah serta pemegang saham boleh dibuat sama ada dengan pemilikan penuh rakyat tempatan atau pemilikan penuh dikalangan warga negara asing. Pelantikan pengarah dan juga pemegang saham syarikat boleh juga dilakukan sama ada melalui perkongsian atau kerjasama pintar dikalangan rakyat tempatan dan asing.

Kesemua pengarah, pemegang saham sama ada penduduk tempatan atau asing serta setiausaha syarikat mesti mempunyai alamat tempat tinggal yang tetap di Malaysia.

Pengarah dan pemegang saham dikalangan individu yang sama dibolehkan atau pengarah dan pemegang saham secara berasingan juga dibolehkan.

Pelantikan pengarah,pemegang saham dan setiausaha syarikat merupakan syarat utama bagi tujuan pembelian syarikat tersedia.

SYARAT DAN KEPERLUAN

Dimestikan mempunyai alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia.

Berumur 18 tahun ke atas dan waras.

Tidak dikecualikan di bawah Akta Syarikat, 2016 yakni:-

Tidak disabitkan muflis

Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan berkenaan dengan promosi, penubuhan dan pengurusan sesebuah pertubuhan;

terlibat dalam penipuan atau ketidakjujuran yang dapat dihukum atau disabitkan dengan hukuman penjara 3 bulan atau lebih.

Tidak pernah dipenjarakan atas kesalahan yang dirujuk pada perenggan (2) dalam tempoh 5 tahun.

Serahan sijil pegangan saham akan dikeluarkan dalam masa 1 bulan selepas syarikat diambil alih sepenuhnya.

Buku berkanun syarikat diwajibkan di berada di pejabat berdaftar syarikat untuk tujuan mengemaskini darimasa kesemasa mengikut peruntukan Akta Syarikat,2016.

Nota mengenai Setiausaha Syarikat:-

Setiausaha syarikat merupakan individu yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memastikan pengarah dan pemegang saham mengikut peruntukan Akta Syarikat, 1965 serta merupakan wakil bagi kedua belah Pihak diantara Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Syarikat yang ditubuhkan dibawahnya.

Peringatan:-

Kesilapan serta kecuaian pelanggan semasa mengisi borang permohonan sama ada dari segi ejaan atau no kad pengenalan dan lain-lain maklumat seperti yang diminta akan mengakibatkan penambahan kos dan peningkatan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Pihak pelanggan.

Segala maklumat tentang perubahan peribadi pengarah dan pemegang saham dan apa jua maklumat berkaitan dengan syarikat dimasa hadapan hendaklah dimaklumkan kepada Pihak kami.

Perkhidmatan pos laju atau courier hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

MEMULAKAN PERNIAGAAN

Menandatangani Resolusi berkaitan pengambilalihan syarikat.

Penyerahan dokumen bagi tujuan pembukaan akaun bank semasa syarikat yang telah disahkan sepenuhnya oleh setiausaha syarikat akan diberi untuk membolehkan syarikat beropersai sepenuhnya.

Pihak syarikat perlu mendapatkan sama ada individu atau syarikat yang telah mempunyai akaun semasa di mana akaun bank yang ingin dibuka.

Kesemua pengarah syarikat perlu menandatangani resolusi dan kesemua penandatangan cek yang tercatit di resolusi wajib hadir di hadapan pegawai bank ketika permohonan dibuat berserta dokumen yang telah disahkan, cop getah, wang deposit untuk membuka akaun semasa berserta kad pengenalan pengarah dan pemegang saham syarikat.

Nota:

Pengarah dan pemegang saham tak semestinya menjadi penandatangan cek syarikat dan penandatangan cek boleh dilantik dikalangan individu luaran yang tak terlibat langsung didalam jawatan pengarah dan sebagai pemegang saham.


MAKLUMAT AM

Syarikat tersedia adalah sebuah syarikat yang telah didaftarkan sepenuhnya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan akan diambil alih oleh mana-mana pihak yang berminat.Tidak pernah terlibat didalam berurus niaga sehingga di ambil alih oleh penama baru.
Syarikat ini boleh terus menjalankan aktiviti perniagaan selepas kemasukkan pengarah dan pemegang saham baru didalam syarikat sepenuhnya.

top